Thursday 21 September 2023

KHAMIS, 21.09.2023, 6.45 PM

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Terlebih dahulu syabas dan tahniah kepada semua rakan2 empayar Botekfx yg telah berjaya menghasilkan profit yang amat2 memberangsangkan.Ada yg bertanyakan kepada saya berapa bayaran yang patut diberikan kepada saya....jawapan saya anda perlu membayar 'RM0' kepada saya.Saya sama sekali TIDAK PERNAH mengenakan sebarang BAYARAN diblog ini,sekiranya terdapat mana2 pihak yang mendakwa saya mengenakan sebarang bayaran untuk 'SIGNAL' diblog ini,itu hanyalah pembohongan semata mata.JANGAN BAYAR kepada sesiapa pun.Laporkan kepada saya dengan kadar segera sekiranya perkara ini berlaku.SAYA TIDAK HALALKAN SEBARANG ILMU DIBLOG INI UNTUK DICIPLAK DENGAN TUJUAN KEUNTUNGAN MUDAH.
Anda boleh sahaja menggunakan signal yang diberi secara percuma diblog ini dan seterusnya menterjemahkan keuntungan melalui akaun trading anda sendiri.Anda trade sendiri...Semua keuntungan anda punya 100% FOC.

Ok,berbalik pada persoalan arah tuju market GBPUSD pada malam ini dan esok.Saya berpendapat market akan TERBANG keatas.
Jadi kepada sahabat2 botekfx,cari titik harga yang agak munasabah untuk menekan BUTANG BUY.
Pasang semua order dengan perangkap SL dan TP kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam pasaran Forex.
Ini hanyalah sekadar pendapat,lakukan analisa anda sendiri sebelum menggunakan signal yang diberi.
Kepada rakan2 botekfx yg berhati pahlawan,lagi jatuh lagi tambah order BUY.
Kalau takut dilambung SL jangan berumah ditepi komputer.
Jumpa lagi...TAYOR.

BotekFX
FTT


Wednesday 20 September 2023

10 PM, 20.09.2023, PASCA PENGUMUMAN FED DAN FOMC

Assalamualaikum Dan selamat malam,
Berikut adalah jawapan dan analisa yang saya lakukan bagi menjawab persoalan mengenai Pair GBPUSD.

1.Market masih lagi dalam trend SELL
2.Order BUY masih belum sesuai buat masa sekarang.
3.Kemuncak pengumuman FED dan FOMC sebentar lagi dijangka SELL.

Ini hanyalah pendapat,gunakan analisa peribadi anda sebelum membuat sebarang order.
Pasang semua order anda dgn perangkap SL dan TP kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam pasaran.
Akaun anda milik anda sepenuhnya 100%.

SELAMAT BERDAGANG. Jumpa nanti.

TAYOR
Botekfx
FTT


Tuesday 19 September 2023

20.09.2023. Rabu 1.30PM.

Assalamualaikum.
Selamat tengahari rakan2 Botekfx..apa khabar semua?Harap semuanya sihat2 belaka...
Hari ni terlampau banyak email yang masuk bertanyakan kekuatan pair GBPUSD..kemana arahnya?
Malam ni adalah malam yang ditunggu2 oleh semua trader...saya panggil 'Malam Ribut', (Pengumuman FED dan FOMC).ada yang masih banyak posisi order yang belum ditutup dan ada yg papan tradenya kosong tanpa order.
Bila tanya kemana arah perjalanan pair GBPUSD pada malam ni saya pun susah nak bg jawapan.Tunggu pengumuman rasmi FED dan FOMC pada malam ni.
TETAPI kalau mengikut STBFX, Trend SEMASA masih kuat untuk mengeSELL.
Jawapan bonus pada rakan2 Botekfx berkenaan order semasa saya ialah...LAGI NAIK LAGI SELL...jangan follow kalau hati senipis kulit bawang..
Apapun pasang semua order anda dgn perangkap SL dan TP.
Kepada rakan2 Botekfx yg berjiwa pendekar kita layan Trailing Stop malam ni berjemaah...
Belajar dan terus belajar,semua anda punya dan tak perlu bagi apa2 pada saya.Akaun anda 100% milik anda..
Ok, jumpa malam nanti di pengumuman FED dan FOMC.

TAYOR
Botekfx
FTT.


Monday 11 September 2023

11.09.2023, 8.30PM...USA OPENED

Assalamualaikum...
Apa khabar sahabat2 Botekfx diluar sana..
Banyak email yang saya terima dan tak terbalas,maafkan saya.
Update blog pada malam ini berkisar kepada persoalan dan pencerahan pair GBPUSD.
GAP berlaku pada pembukaan sessi pagi dan terus naik keatas,KENAPA?
Kenaikan pada pembukaan sessi dagangan pada pagi ini adalah disebabkan situasi GAP yg belum ditutup pada minggu lepas.Kenaikan pagi tadi bukan kerana kekuatan SELL telah habis,kenaikan tersebut adalah utk menutup GAP yg belum ditutup pada minggu lepas..
SYARAT WAJIB TRADING IALAH GAP MESTI DITUTUP SEBELUM MARKET MENENTUKAN ARAH BARU.
Kekuatan semasa Masih lagi SELL.
Tunggu sehingga ada 2 CS yang tutup melebihi harga 1.25550,baru posisi BUY boleh dibuka.
Posisi semasa saya ialah SELL..Kepada sahabat trader Botek fx yg berhati kering boleh follow.
Kepada yg ragu2 atau berhati senipis kulit bawang sila tunggu..
Pasang semua order anda dengan perangkap SL dan TP,sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam pasaran Forex.
Semua anda punya tak perlu bagi apa2 kepada saya..akaun anda tanggungjawab anda,saya hanya sekadar memberi pandangan.
Belajar dan terus belajar..

Jumpa nanti...TAYOR

BOTEKFX
FTT



Wednesday 6 September 2023

Assalamualaikum 06.09.2023 Rabu 3 PM

Apa khabar sahabat2 Botekfx semua..
Baik bagi menjawab persoalan mengenai order semasa saya....order semasa saya ialah SELL utk pasangan pair GBPUSD.
Pasang semua order anda dengan perangkap SL dan TP.
Selamat belayar pasca LONDON OPEN sebentar lagi....
Jumpa nanti...

TAYOR
Botekfx
FTT

Tuesday 5 September 2023

Pencerahan pair GBPUSD 5.9.2023, 7.30PM

Assalamualaikum sahabat2 empayar Botekfx.
Banyak persoalan yang saya terima mengenai arah perjalanan pair GBPUSD pada petang ini setelah kejatuhan yg banyak sekitar 4jam..
Persoalannya adakah trend akan berubah arah?....
Jika dilihat pada TF H1 berlaku rejection untuk market meneruskan momentum SELL,adakah market akan berubah arah setelah pasaran Amerika dibuka sebentar lagi?
Pada saya kekuatan BUY belum ada selagi harga pasaran TIDAK ditutup diatas harga 1.25630.Paras harga ini merupakan halangan yg kuat utk market berubah arah.
Jadi bagi menjawab soalan rakan2 semua,pada masa sekarang order BUY amat2 TIDAK sesuai memandangkan market masih lagi mempunyai kekuatan SELL.
Jadi tunggu sehingga harga dua(2) candle melebihi 1.25630 utk masuk pasaran dengan order BUY.
Pasang semua order dengan perangkap SL dan TP.
Selamat belayar.TAYOR.

Botekfx
FTT

Thursday 31 August 2023

Assalamualaikum 31.08.2023 (10.13PM)

Apa khabar shabat2 botekfx.
Atas permintaan ramai,insya Allah saya akan mula update segala pencerahan mengenai pair GBPUSD.
Nantikan dan rajin2kan jari jemari sahabat2 semua utk membaca di blog Botekfx.
Waktu update seperti biasa iaitu waktu kemuncak London Open dan USA open...
Kalau hati senipis kulit bawang jgn berumah ditepi komputer.
Jumpa nanti...

TAYOR
Botekfx