Saturday 25 January 2014

1 pm 26.1.2014 ahad.......Modal untuk memulakan dagangan FOREX?

Assalamualaikum.......

Banyak email yang dihantar kepada saya mengenai hal ini.....

Anda tidak perlu memulakan perniagaan ini dengan modal yang besar...memadailah sekitar usd 100-usd 500 sahaja....(bergantung kepada kemampuan)...

Gunakan modal tersebut untuk menjana 'ribuan usd' dengan berdagang semasa market sedang beroperasi.
Pemahaman dan ilmu berkaitan FOREX perlu untuk mengelakkan dari kerugian modal..
Semua persoalan ini sebenarnya ada diulas didalam blog ini.....baca dan terus membaca...

Ilmu amat penting dalam perniagaan ini,modal adalah instrument ke dua....kuasai dulu ilmu dagangan FOREX sebelum anda menceburi bidang ini.

Bidang ini AMAT2 berisiko untuk kehilangan modal sekiranya anda tidak mempunyai ILMU yang secukupnya...dan bidang ini juga boleh menjadikan anda manusia yang KAYA dan BERJAYA...

Jadi, CARILAH GURU YANG SESUAI untuk anda sebelum memulakan perniagaan ini.Belajar dan terus belajar.....Ingat,perniagaan ini mempunyai risiko yang tinggi untuk kehilangan modal!
 

fikir2kan dan selamat beramal......

botekfx


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<< TAYOR >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Friday 24 January 2014

SIGNAL GBPUSD 24.1.2014 Jumaat ..6.30pm

BUY

PRICE : 16619

TAKE PROFIT :16650

STOP LOSS : 50 PIP.

Sekian dulu....selamat belayar...

Pasang semua order anda dengan perangkap SL dan TP,sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam dagangan forex.

botekfx.


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<< TAYOR>>>>>>>>>>>>>>>>>

Wednesday 22 January 2014

Signal 23.1.2014 Khamis 1.15pm Malaysia GBP vs USD

Assalamualaikum..............

Untuk signal SELL pada hari Isnin dan Selasa semua sahabat2 trader saya telah beroleh keuntungan yang 'agak' lumayan...Semua order yang anda lakukan 'terpaksa' melalui manual closed..kerana terdapat CS yang membentuk pattern BULLISH HARAMI...ya...CS ini mengatakan bahawa harga akan melayang naik seperti ribut......hahahaha...
Sebab itu saya katakan bahawa CS PATTERN memainkan peranan yang amat penting.....tahniah kepada anda semua sahabat2 trader saya yang telah dapat menguasai ilmu berkaitan CS PATTERN.....

OK,persoalannya apa pula kehendak pasaran pada hari ini untuk pair GBP vs USD?

Setelah diamati dari Tokyo Open pagi tadi sehinggalah sekarang,ini pendapat saya:

-Buyer masih lagi menguasai pasaran semasa.
-Sekiranya terdapat CS (body) yang TUTUP sama atau melebihi harga 16590 harga akan naik lagi..
-Sekiranya terdapat CS (body) yang TUTUP sama atau lebih rendah dari harga 16540 bermakna harga akan jatuh...( market follow MC)
-Market hari ini adalah MARKET yang sukar.....jadi tunggu..tunggu...tunggu.....jangan kelam kabut....sabar2.

PENDAPAT SAYA PADA HARI INI,MARKET AKAN DI AMBIL ALIH OLEH SELLER!
SEKIRANYA HARGA JATUH DAN TUTUP LEBIH RENDAH DR 16540 LETAKKAN TAKE PROFIT ANDA DI 16490.......HARGA BOLEH JATUH KEPARAS TERENDAH IAITU 16420.
(harga sekarang sedang 'berusaha' kearah MOTHER CANDLE (MC).) jangan gatal tangan tekan butang sell lagi...tunggu...tunggu...tunggu....belum confirm sell lagi...hahahaha

Apa pun,tunggu sehingga CS memenuhi kehendak signal pada hari ini sebelum masuk pasaran......sabar..sabar...sabar..TUNGGU SEHINGGA CS MEMENUHI KEHENDAK SIGNAL...


Seperti biasa,pasang semua order anda dengan perangkap Take Profit dan Stop Loss..
ingat,ini hanya pendapat..lakukan kajian sendiri dahulu sebelum menggunapakai signal yang diberi...


sekian dulu...sama2 kita tunggu...

botekfx


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<< TAYOR>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Tuesday 21 January 2014

ORDER semasa saya 6.14pm 21.1.2014 Selasa

Banyak sms dan email yang diterima hari ini bertanyakan berkenaan order semasa saya?

Jawapan :

Saya masih lagi hold SELL order semalam...ada 6 order SELL saya setakat ini.....

Masih sabar dan sabar menunggu........kit kat kan ada?..hahahaha


botekfx


<<<<<<<<<<<<<<<<<<< T A Y O R>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Sunday 19 January 2014

PERKARA ASAS SEBELUM MELAKUKAN TRADE..1.15PM 20.01.2014 Isnin

Perkara2 asas sebelum anda memasuki pasaran FOREX..Perkara2 berikut wajib anda patuhi untuk mengelakkan KERUGIAN kepada akaun anda....

1) Tunggu CS selesai dahulu.
   - Lihat samaada CS melepasi atau tidak garisan SUPPORT dan RESISTANT.
   - Lebih 'afdal' jika kita melihat Time Frame yang lebih besar dari TF H1.
   - Sekiranya CS tembus atau tidak garisan2 ini ianya memberi impak yang besar kepada time frame yang
      kecil.

2) Lakukan order semasa sessi rancak.
   - Sessi rancak yang saya maksudkan ialah apabila negara2 besar baru memulakan operasi mereka,
     Jangan terus masuk pasaran sebaik mereka memulakan operasi sebaliknya beri masa 'lenggang' (1jam)
     setelah mereka memulakan operasi.

3)Biasakan diri untuk mahir melihat PATTERN Candlestick  (CS).
   -Biasanya candle yang terjadi mempunyai makna tersendiri.
   -Candle ini memainkan peranan yang besar dalam menentukan arah pasaran.
   -Candle ini sebenarnya ibarat 'silent voice' yang sedang memberitahu kita kemana CS tersebut akan pergi.
   -Jangan terus masuk order,berikan masa (1jam) untuk mula memasuki pasaran.
   -Contoh2 pattern yang membawa makna market akan melayang kearah BUY ialah:
     1) BULLISH ENGULFING
     2) HAMMER
     3) PIERCING
     4) DOJI (HIJAU)
     5) BULLISH HARAMI.

4) Sabar.
   -Jangan masuk order menggunakan perasaan dan emosi atau sekadar tekaan.
   -Jangan kejar CS
   -Tunggu sehingga CS tersebut selesai dahulu.
   -Tangan jangan gatal
   - JANGAN SESEKALI PERCAYA PADA INDIKATOR!,tiada indi yang betul2 tepat.
   - Hanya kita yang boleh melihat arah market yang 100% betul.

5) Takut Rugi

   - Jangan takut rugi kerana FOREX ialah satu PERNIAGAAN
   - Rugi ialah adat dalam sesuatu perniagaa,tiada satupun perniagaan didalam dunia ini yang tidak pernah
      rugi.
   -Apa yang kita boleh lakukan ialah MEMINIMUMKAN KERUGIAN dan MEMAKSIMUMKAN
     KEUNTUNGAN.
    -GEORGE SOROS PERNAH MENGATAKAN BAHAWA PRINSIP ASAS FOREX IALAH
      BAGAIMANA KITA MENGAWAL MODAL,BUKAN MENGEJAR DOLLAR...Dollar akan
      datang kepada kita jika kita dapat mengawal modal kita...fikir2kan dan selamat beramal..
    - Ramai diantara kita mengejar DOLLAR sampai terlupa prinsip sebenar FOREX..

6) Matawang

   - Anda amat2 disarankan supaya menumpukan hanya 1 (satu ) PAIR MATAWANG...jangan banyak       sangat,kerana setiap pair mempunyai sifat2nya yang tersendiri...semua pair matawang adalah berbeza sifatnya.


botekfx
FTT


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<< TAYOR>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>






SIGNAL GBPUSD11.26 am Isnin 20.01.2013

SELL

PRICE : 16410

TAKE PROFIT : 16390

STOP LOSS : 50 PIP +


Pasang semua order anda dengan perangkap TP dan SL,sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam dagangan forex.

Ingat ini adalah pendapat,sebaiknya lakukan analisa sendiri dahulu sebelum menggunapakai signal yang diberi.

TAHNIAH kepada sahabat2 trader saya diluar sana yang telah beroleh keuntungan yang LUMAYAN untuk signal pada hari Jumaat yang lalu.,Hari ini baru kena perangkap TP.....hahahaha...

untuk signal ini pada mereka2 yang berhati kering....lagi cs naik lagi korang SELL,ada berani ka?hahaha(tak paksa)...hahahaha


Jumpa nanti di sessi europe dan London.


botekfx

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<< TAYOR>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Friday 17 January 2014

Assalamualaikum 17.1.2014 Jumaat 9.31pm

SIGNAL USA OPEN.

Assalamualaikum.............

Ok untuk order semalam semua orang telah memperolehi keuntungan.....banyak sms yang masuk bertanyakan ORDER SEMASA saya sekarang....ini jawapan saya.............

1) SELL

     PRICE : 16445

     TAKE PROFIT : 16400

     STOP LOSS : 50 pip atau lebih

2) Pending order SELL LIMIT

    Price : 16480

    Take Profit : 16420

    Stop Loss  :50 pip atau lebih



Ikut jika anda berhati kering.....hahahhaa...

Trade secara santai,jangan tenson2 tengok CS...hahahaha

Walaupun anda berhati kering kena jaga juga MM agar mematuhi prinsip asas dalam dagangan forex.

Seperti biasa,pasang semua order anda dengan perangkap TP dan SL,sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam dagangan forex.

Ini hanya pendapat,sebaiknya lakukan kajian tersendiri dahulu sebelum menggunapakai SIGNAL yang di beri....

BOTEKfx
botekfx@gmail.com
FTT

Thursday 16 January 2014

Assalamualaikum 17.1.2014 Jumaat 12.15am

SIGNAL GBP vs USD


BUY :

PRICE : 16335

TAKE PROFIT : 16380

STOP LOSS : 50 PIP


Diatas ialah order semasa saya...ikut jika anda berhati kering..tiada paksaan...hahahaha
(perhatikan betul2,ada 11 jam CS tidak melepasi harga16332) jadi keputusan saya ialah BUY!.

Ingat,ini hanya pendapat,lakukan kajian tersendiri dahulu sebelum mengguna pakai signal yang diberi.

Seperti biasa,pasang semua order dengan perangkap SL dan TP sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam dagangan FOREX..

Selamat malam,dan jumpa lagi esok..


Botekfx
botekfx.blogspot.com
FTT


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<< TAYOR>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Sunday 12 January 2014

Renungan Bersama 12.01.2014 Ahad 11.00pm

Assalamualaikum...

Tahniah kepada anda semua yang memilih untuk bergelar FOREX trader,ada yang sekadar mengisi masa lapang (part Time) dan ada juga yang memilih bidang ini sebagai kerjaya utama anda seperti saya.

Tentu telah banyak pengalaman pahit getir dan manis sepanjang anda bergelar forex trader....pastinya amat pahit untuk ditelan sekiranya anda melalui detik2 'sengsara' menangung kerugian atau margin call....dan pastinyanya 'melompat' riang kita dapat beroleh keuntungan.....SEMUAnya telah anda rasa...bak kata perpatah melayu, HANYA JAUHARI YANG MENGENAL MANIKAM!....

Apa pun pengalaman anda ianya hanya akan kekal dalam diri anda,INGAT dalam FOREX tidak ada manuasia yang akan terlepas dari mengalami 'kerugian',semua pasti dan akan merasa pahit maung tersebut.Kepada yang telah berjaya menjulang trofi 'pip' tingkatkan lagi pengetahuan anda dalam bisnes ini.

Bidang ini memerlukan sifat 'istiqamah' yang berterusan dalam usaha mempertajamkan lagi ilmu berdagang,belajar dan terus belajar,kuasai ilmu berdagang secukupnya sebelum memulakan atau melayari 'lautan' FOREX yang penuh dengan gelora dan ombak yang cukup ganas tanpa ada sebarang perasaan belas kasihan!

Kita adalah pedagang2 yang 'kecil,'siapalah kita jika hendak dibandingkan dengan GEORGE SOROS dan WARRENT BUFFET,mereka adalah diantara 'jerung2' besar pemain utama industri ini.Kita memang tidak mampu untuk bersaing dengan mereka dari segi kemampuan modal....sebab itulah saya sering tekankan mengenai tahap kesabaran...percayakah anda 90% pedagang GAGAL mengawal perasaan mereka sewaktu berdagang...akibatnya mereka KEHILANGAN modal dan rugi...mahukah anda jadi sedemikian? fikir2kan....

Apa yang anda perlu lakukan adalah membuat dagangan secara 'selamat',lakukan order setelah anda yakin 100% arah pasaran,jangan sesekali menggunakan mata kasar untuk melihat arah pasaran sebaliknya gunakan ilmu teknikal anda dalam menentukan arah pasaran..

Semua orang berhak menggunakan seberapa banyak 'tool' dalam MT4 anda,tetapi ingat matlamat akhir kita adalah 'keuntungan'....secara ikhlas saya tidak MENGGUNAKAN sebarang indikator untuk membuat dagangan,bagi saya indikator adalah boleh diibaratkan seperti 'tok bomoh' penipu..Pengalaman menggunakan indi telah banyak mengajar saya erti keperitan kerugian....apa yang saya lakukan sekarang ialah tunggu...tunggu...tunggu...dan terus tunggu ENTRY SELAMAT.....seperti yang saya tekankan kepada anda dari dulu bahawa CS tidak bergerak sesuka hati,ianya bersebab!

Sebelum terlupa,saya ingin mengucapkan tahniah kepada hampir 90% sahabat2 trader saya yang telah berjaya 'meningkatkan' martabat mereka sebagai forex trader....seperti saya katakan semuanya keuntungan adalah milik mutlak anda,tak perlu bagi apa2 kepada saya.....saya juga seperti anda masih belajar dan akan terus belajar...sama2 kita belajar...tanpa ilmu yang cukup adalah mustahil untuk 'kita' mengutip keuntungan dalam bidang ini.

Saya ingin memohon maaf sekiranya tidak menjawab email,sms atau panggilan dari sahabat2 saya diluar sana.....alasan saya mudah.....banyak sangat....tak tahu nak jawab yang mana satu...hahahahhahaha...terima kasih lah atas sokongan sahabat2 saya...

Insyaallah,saya akan update setiap pertanyaan atau permasaalahan anda di sini.....luangkan waktu anda yang 'amat' berharga itu untuk melayari blog ini...insyaallah kita sama2 belajar dan berjaya.

sekian dulu untuk masa sekarang jumpa esok untuk update terkini SIGNAL pair GBP vs USD...


FIKIR2KAN DAN SELAMAT BERAMAL..............

botekfx
botekfx@gmail.com
FTT

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<< TAYOR>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Tuesday 7 January 2014

Time Check 8.1.2014 Rabu 2.55pm.

EU            7.53am

London     6.52am

USA          1.55am

Australia   5.55pm

Japan        3.55pm


botekfx...bila wang menghasilkan wang

08 Januari 2014 ... 02.27pm ..Rabu

Assalamualaikum dan salam 1 trader....

Kepada sahabat2 saya yang menggunakan SIGNAL sebelum tidur semalam tentunya merasa resah dan gelisah kerana ORDER yang dilakukan masih lagi belum mengena perangkap TAKE PROFIT (TP).

Pada pengamatan saya MARKET untuk PAIR GBP vs USD masih lagi dalam situasi SELL..ini kerana tiada satu pun candle yang tutup pada harga 1.6446...KEKUATAN MARKET DITUNJUKKAN OLEH BODY SETIAP CANDLE,MANAKALA SHADOW BODY TIDAK MENANDAKAN KEKUATAN MARKET..dalam kata lain body ialah volume market,shadow bukan volume market...

Sekiranya anda bertanya mengenai order semasa saya,jawapan saya ialah SELL..ada 5 order sell yang masih lagi "float'.....saya sedikit pun tidak goyang atau risau mengenai order tersebut...seperti saya katakan 'tiada' sebarang tanda market berubah ke arah BUY selagi tidak ada satu candle yang closed pada harga 1.6446.

Anda tidak perlu gusar apabila melihat harga naik setelah anda melakukan order sell...biasa lah,harga akan up and down....pada kebiasaannya setelah anda pasti harga akan jatuh,anda terus SELL,selepas itu harga akan naik...sebenarnya kenaikkan itu bersifat sementara.....ianya seperti 'harga sedang cuba mencari set-up untuk jatuh dengan lebih banyak lagi'.....

Kita kena ingat setiap pergerakkan adalah 'bersebab',bukan suka2 harrga nak naik atau jatuh..SEKIRANYA HARGA TIDAK BOLEH MENEMBUSI RESISTANT harga kena patah balik,begitu lah sebaliknya jika tidak dapat tembus SUPPORT harga akan naik semula..semuanya bersebab.

Tengok dengan mata kasar,perhatikan betul2 support dan resistant ini kerana ianya menunjukkan KEKUATAN pasaran....Jika harga bermain dalam jajaran supportdan resistant,saya cadangkan kepada anda supaya TIDAK memasuki pasaran lagi,tunggu sehingga harga menembusi support atau resistant.

Sekiranya harga menembusi RESISTANT tunggu harga test semula di low price,jika tidak berjaya menembusi low price,disini lah bermulanya BUYER mengambil alih pasaran...dan disinilah bermulanya order BUY anda....begitulah juga dengan garisan support.

Sifat sabar adalah amat penting dalam diri seseorang FOREX TRADER,tanpa kesabaran amat sukar untuk anda dan saya mengutip PIP dalam dagangan FOREX...tunggu..tunggu dan tunggu.....

sekian dulu...jumpa nanti dalam sessi europe open dan london open.....

fikir2kan dan selamat beramal....................

botekfx....bila wang menghasilkan wang


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<< TAYOR>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Assalamualaikum....11.35 mlm 7.1.2014 selasa

Assalamualaikum....salam 1 trader dan Selamat membuka lembaran baru untuk dagangan FOREX bagi tahun 2014....

Lama sungguh kita tidak bersua.....apa khabar anda semua rakan2 trader saya......diharapkan anda semua sihat sejahtera hendaknya...
Dan lebih2 lagi anda beroleh keuntungan yang luar biasa untuk pair matawang GBP vs USD...

Ok sebagai buah tangan dari saya pada malam ini sebelum tidur.....

SIGNAL GBP USD...

SELLLLL......................

Harga : 16390

Take Profit : 16365

Stop Loss : 50 pip...

seperti biasa pasang semua order anda dengan perangkap TP dan SL...sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam dagangan FOREX..............

Pada pendapat saya akan berlaku kejatuhan sehingga mencecah harga 16350.....kepada yang berhati kering boleh letakkan TP anda di situ.(TIADA PAKSAAN),hanya saranan....heheheheh...

Harga kena jatuh ke 16350 baru cukup sifatnya......FOREX ada LAW dia tak bergerak sesuka hati...hahahha...fikir2kan...

Macam saya selalu cakap,HATI KENA KERING dalam berFOREX,baru anda akan mengecapi FEEL bergelar trader.....(feel yang bertempat la)...hahahaha..

Jumpa nanti.......bye....

<<<<<<<<<<<<<<<< TAYOR>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

botekfx...bila wang menghasilkan wang...