Wednesday 23 May 2012

Apakah TAKE PROFIT (TP)

TP ialah satu perangkap untuk mengaut keuntungan...sekiranya harga yang dibuka sampai ke harga TP,oder akan ditutup secara automatik dan keuntungan tadi akan dikumpulkan ke baki akaun anda...

Apakah margin call

Margin call terjadi sekiranya modal anda tidak dapat menahan kenaikkan atau kejatuhan harga pasaran,,pada kebiasaannya, para pedagang FOREX profesional akan menghadkan jumlah kerugian dengan memasang perangkap STOP LOSS (SL)...dalam kata lain mereka akan meminimumkan kerugian....SL adalah penting dalam dagangan FOREX...ianya wajib dipasang kepada setiap oder yang dibuat...

Margin......

Margin boleh dianggap sebagai 'dana' yang diperlukan untuk membuka sesuatu oder...sekiranya margin tidak cukup maka oder anda tidak boleh dibuka,dalam kata lain harga oder haruslah bersesuaian dengan modal anda...sebagai contoh sekiranya anda mempunyai 100 usd anda tidak boleh membuka lot oder bernilai usd1.00,kelayakkan untuk membuka oder hanyalah pada harga usd 0.01 sahaja dan margin yang digunakan hanya usd8 dan selebihnya dianggap pusingan kecairan modal........margin yang baik adalah penting untuk mengelakkan margin call

Kenapa setelah anda membuat oder baki tertera dioder anda akan negatif?

Setelah oder dibuat akan berlaku perbezaan harga antara harga jualan dan belian,spread ini bolehlah dianggap sebagai 'gaji' yang harus dibayar oleh kita kepada broker...semua urusniaga FOREX melibatkan spread...dan semua syarikat FOREX mengenakan spread sebagai upah mereka membuka sesuatu oder....

Apakah itu PIP....

PIP ialah perbezaan antara harga jualan dan belian.Sebagai contoh jika harga jualan 1.2000 dan harga belian 1.2003 nilai pip di sini ialah 3 pip....kadang2 perbezaan harga ini juga dikenali sebagai SPREAD...

Apakah Scalping......

Scalping ialah membuat oder dan mangaut untung dalam jumlah pip yang rendah......teknik ini cepat menghasilkan keuntungan.....selalunya pip yang di buru sekitar 5 pip sahaja....walau bagaimanapun,teknik ini haruslah di sertai dengan kefahaman yang tinggi mengenai CS pattern.Teknik ini tidak sesuai untuk mereka2 yang baru mengenal FOREX...untuk mereka yang profesional teknik ini dianggap seperti mengaut harta karun...kadang2 oder yang dibuat mencecah puluhan oder pada harga yang sama dan mengutip untung sekitar 5 pip sahaja........kepada newbie belajar dahulu untuk mengenal CS sebelum melakukan teknik ini.fikir2kan dan selamat beramal

Monday 21 May 2012

Hahahaha

Ada orang ingin memberikan modal mencecah ratusan ribu ringgit kepada saya untuk melakukan dagangan FOREX..saya senyum dan menolak......INGATlah.....saya hanya mengajar anda memancing,saya tidak akan sekali2 memberi ikan kepada anda.....kita adalah manusia...berusahalah untuk hidup....belajar dan terus belajar....berdiri atas kaki sendiri ....fikir2kan dan selamat beramal.....

Siapa pedagang FOREX

Kita hanyalah sekelompok kecil orang yang melakukan dagangan FOREX hanya 1-5% sahaja dari keseluruhan pedagang2....Bank2 besar dunia,IMF dan tokoh2 kewangan terkenal seperti George Soros adalah pemain utama industri ini.....tahukah anda berapakah nilai 1 lot dagangan mereka......100 juta USD....
berapa pula jumlah modal kita????? sekitar 100usd sahaja,jadi jika kita tidak ada ilmu yang cukup dalam FOREX janganlah anda bermimpi untuk memperolehi 1 usd pun dalam perniagaan ini........
anda takut???????????jadi belajarlah ilmu FOREX ini sedalam2nya sebelum berdagang dalam persekitaran sebenar........fikir2kan..selamat beramal....

Masa membuat dagangan.....

Tidak semua masa adalah sesuai untuk melakukan dagangan FOREX.....masa yang sesuai hanyalah pada jam 3 petang waktu malaysia dan 8 malam waktu malaysia.....kenapa?
-3 petang waktu malaysia adalah 8 pagi waktu di LONDON.Market akan rancak setelah Bank2 besar di LONDON memulakan operasi mereka.

-8 malam waktu malaysia pula adalah bersamaan 8 pagi di Amerika.Market juga akan rancak setelah mereka memulakan operasi Bank mereka.

2 masa ini adalah paling sesuai untuk melakukan dagangan........

Apa itu candelstick pattern...(CS)

CS diguna pakai di negara jepun untuk mengukur stok beras negara mereka.CS dalam FOREX pula ialah satu penunjuk arah atau lebih tepat lagi menunjukkan momentum kekuatan semasa samaada market naik atau jatuh...Pada kebiasaannya pedagang profesional akan melihat CS sebagai peluang untuk melakukan ODER buy atau sell........tetapi anda harus ingat.....tidak semua CS pattern menunjukkan arah yang betul kadang2 ianya bersifat Nuetral dan kadangkala bersifat 'TRICK'.....jadi anda harus faham sedalam2nya bentuk CS sebelum membuat sebarang ODER....fikir2kan ....selamat beramal.....

Akaun Demo

Anda dinasihatkan seboleh2nya,gunakan akaun demo dahulu sebelum membuat dagangan sebenar....lihat prestasi anda dalam masa 3 bulan...jika anda dapat menggandakan wang anda dari usd100 ke usd300,barulah anda layak menceburkan diri didalam perdangangan sebenar.......

Adakah FOREX satu perniagaan yang susah?

Tidak, ianya adalah satu perniagaan yang menguntungkan sekiranya anda tahu tekniknya. Bagaimana untuk anda tahu? Jawapannya belajar dan terus belajar.

Sekiranya anda TIDAK berilmu,JANGAN sesekali menceburi bidang ini kerana bidang ini amat2 berisiko untuk kehilangan modal.

Percuma.........

Saya tidak akan mengenakan bayaran sesen pun kepada mereka2 yang berminat untuk mendalami ilmu ini,
saya merasa terpanggil untuk memberikan tunjuk ajar yang sewajarnya kepada 'pendatang baru' dalam perniagaan ini.......semuanya percuma....saya akan menjawab sebarang persoalan berkaitan dengan FOREX...insaallah......

ilmu adalah segala-galanya

Saya sering menekankan bahawa jika anda tidak mempunyai ilmu yang secukupnya JANGAN sesekali terlibat dalam dagangan FOREX,perniagaan ini mempunyai kecairan yang tinggi...dengan sekelip mata wang anda akan lesap begitu sahaja.....dagangan FOREX adalah berjumlah 4 trillion dollar sehari....cukup besar untuk menengelamkan pedagang pedagang kecil yang tidak mempunyai kelengkapan secukupnya.......fikir fikirkan dan selamat beramal................

Mengapa pedagang selalu kehilangan wang dagangan?

Ini ialah satu soalan yang lazim di ajukan kepada saya,jawapan saya mudah....sebab kurangnya ilmu,sering mendengar ramalan orang,guna pelbagai indikator mengarut,money management tak betul,tamak,dan tak ada disiplin yang tinggi.

Ingat,perniagaan FOREX adalah perniagaan paling berisiko untuk kehilangan modal sekiranya anda tidak berilmu.

Bagaimana urusniaga FOREX dijalankan

Perniagaan forex melibatkan pair matawang contohnya USA dollar vs GREAT BRITAIN POUND.
Urusniaganya hanya melibatkan BUY dan SELL....sekiranya berlaku kejatuhan maka anda sell,begitulah sebaliknya.....

Forex killer

Tanpa ilmu,FOREX bolehlah dianggap sebagai pembunuh kantung Poket anda....
Dagangan FOREX menjana kekayaan terpantas dunia..

Fahami, pelajari teknik asas forex .... jika anda tidak mempunyai ilmu yang secukupnya, jangan membuat dagangan forex .... ianya umpama membakar wang anda. Petikan kata George Soros,. forex umpama Pedang, pedang ini sedia untuk menikam lawan atau menikam diri sendiri !!!... Ilmu untuk memulakan dagangan sangat penting, tanpa ilmu anda hanya membuang duit.. Hampir 95% pedagang forex GAGAL,.hanya 5% sahaja yang berjaya. Fikir-fikirkan ....Selamat beramal,....
 
 BOTEKfx (Fulltime Forex Trader)
botekfx@gmail.com
013 5939598