Monday 12 December 2022

12.12.2022..Isnin 4.30PM

Assalamualaikum...
Soalan terbanyak yg masuk ke kantung email botekfx@gmail.com ialah mengenai nasihat untuk tidak terperangkap dalam kancah margin call..

Margin Call terjadi apabila modal yg ada tidak dapat menampung jumlah Floating yg berlaku dalam sesuatu order.

Macam mana nak mengelakkan mimpi ngeri Margin Call ini?

1. Pasang semua order anda dengan perangkap TP dan SL
2.Pastikan order yg dibuka bersesuaian dengan modal anda dan bersesuaian dengan laverage akaun anda.
3.Elakkan membuka order pada tahap Terlebih Beli atau Terlebih Jual.

Sekian,TAYOR.

Botekfx
FTT.




Friday 2 December 2022

02.12.2022..JUMAAT..5.30PM

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat petang kepada semua rakan2 empayar BOTEKFX.
Banyak email yg masuk bertanyakan kepada saya bekenaan impact atau kesan berita2 besar yg mungkin akan berlaku pada malam ni terutamanya berita berkaitan ekonomi USA.

Pasaran Forex mempunyai kesan signifikan sekiranya Bank Pusat negara2 tertentu mengumumkan sesuatu seperti Kadar Dasar Semalaman (OPR),Kadar Inflasi,atau data2 yang berkaitan rapat indikator buruh.

Sebagai contoh negara Amerika mengumumkan kadar OPR,Kadar inflasi,Persidangan FOMC dan NFP ini akan memberikan kesan secara langsung kepada DOLLAR.

Sekiranya pengumuman2 tersebut adalah POSITIF maka DOLLAR akan mengukuh begitu juga sebaliknya.
Nasihat saya semasa pengumuman data2 penting ni JANGAN BUAT SEBARANG ORDER,tunggu sehingga candle baru.

Perhatikan kedudukan candle baru tersebut,adakah berlaku BEARISH ATAU BULLISH TREND...follow trend kerana semasa HIGH IMPACT,BiG PLAYER berada dlm pasaran...jangan cuba2 menongkah arus.

Bagi menjawab persoalan rakan2 mengenai order semasa saya...
Buat masa sekarang sy belum membuat sebarang order,masih kosong.

Malam ini pengumuman NFP oleh Jabatan Buruh Amerika pada jam 9.30 malam (waktu malaysia)....sama2 kita lihat,sekiranya pengumuman menunjukkan data positif maka USD akan mengukuh dan sebaliknya

Sekiranya data NFP menunjukkan data yang positif kita SELL kaw2 utk pasangan pair GBPUSD,begitulah sebaliknya.

Ok,saya harap semua persoalan telah terjawab..

Jumpa lagi.Sekian.

TAYOR
BOTEKFX@GMAIL.COM
FTT.

Monday 28 November 2022

SELASA 29.11.2022.....8.40 AM

Assalamualaikum..

Bagi menjawab persoalan mengenai order semasa saya utk pasangan pair GBPUSD.
Order semasa saya ialah SELL.

Pasang semua order dengan perangkap SL dan TP.
Selamat belayar....jumpa nanti di London open dan USA open.

TAYOR
botekfx@gmail.com

Friday 25 November 2022

26.11.2022...Sabtu...2.00 AM

Assalamualaikum..
Update ini bagi menjawab persoalan rakan2 sekalian...

Apa khabar semua rakan2 empayar Botekfx.

Market untuk pasangan GBPUSD masih menunjukkan kekuatan BUY,walaupun terdapat sedikit Retraction ini bukan bermakna market akan jatuh.

Sekiranya market untuk pasangan GBPUSD tutup dibawah harga 1.20710 (valid untuk 3 CS H1 dan 1 CS di H4) baru la market menunjukkan tanda2 kejatuhan dan rakan2 Botekfx yg berjiwa kental boleh memulakan SELL berani mati.

Letak TP anda di 1.20150 dan SL sesedap rasa.

Sekiranya harga sebelum market ditutup sebentar lagi berada di situ maka market pada minggu hadapan (Isnin) dijangka berlaku GAP kebawah.

Ini hanyalah pendapat,sebarang kemungkinan boleh berlaku dlm pasaran FOREX.

Pasang semua order yg dibuat dengan perangkap SL dan TP.
Jumpa lagi minggu hadapan,belajar dan terus belajar.

Kalau takut dilambung SL jangan berumah ditepi Komputer!


TAYOR
botekfx@gmail.com

Wednesday 23 November 2022

24.11.2022 .KHAMIS...1.00PM

Assalamualaikum.

Banyak pertanyaan mengenai pasangan GBPUSD yang saya terima dr rakan2 Botekfx.
Ya sememangnya gabungan pair GBPUSD sedang menunjukkan aliran MENAIK,tetapi adakah kenaikan ini akan berterusan?
Sememangnya kekuatan menaik masih ada,jika dilihat pada carta 4 jam semua candle berada DILUAR BB, manakala MA berada nun jauh dibawah.Tanda2 untuk pasaran jatuh masih tiada..
Kepada rakan2 botekfx yg berjiwa kental yg nak jugak mengeSELL,
Tunggu sehingga 3 candle (H4) masuk dan tutup di bawah TOP BB sebelum memulakan SELL TEST DRIVE SEKITAR TP 20-30 PIPS . Tetapi harus diingatkan bahawa order SELL yg dilakukan adalah berisiko Tinggi.Pasang semua order dengan perangkap TP dan SL.
KALAU TAKUT DILAMBUNG SL JGN BERUMAH DITEPI KOMPUTER.

Kepada rakan2 baru yg sedang berjinak2 dlm dunia FOREX teruskan belajar,tiada mahaguru dlm bidang ini,Untung rugi adalah perkara biasa dalam perniagaan.Tiada bulan dan bintang yang boleh dijanjikan.Tepuk dada tanya margin anda.

Kepada PAKCIK BUN DAN ABG CIN serta TOK AYAH Kawasan..selamat datang ke dunia kewangan tanpa sempadan....hahahaha.

Belajar dan terus belajar.
Jumpa nanti..

TAYOR
botekfx@gmail.com



Wednesday 23 February 2022

24.2.2022..KHAMIS 9.33AM (MY)

Assalamualaikum..

Kantung Email ramai yg bertanya apakah posisi yang sesuai untuk pasangan GBPUSD.
Trend pagi ini banyak dipengaruhi oleh sentimen pasaran semalam..Japan dan China session baru bermula beberapa jam yg lepas,harga memang banyak dipengaruhi oleh sentimen semalam
Walau bagaimanapun,terdapat petunjuk berdasarkan Teknikal yang menunjukkan harga SEKARANG 1.35320 tidak dapat betahan lama..Terdapat Harga Bisu yg mengatakan pasaran telah terlebih JUAL.
So,kepada rakan2 trader yang berhati kental sila BUY seadanya..kepada rakan2 yg berhati tisu sila senyapkan tangan ANDA..
Kalau takut dilambung SL jgn berumah ditepi komputer.
Semua order mestilah dilengkapi perangkap SL dan TP.
Ini hanyalah pendapat,tiada paksaan..semuanya anda punya.
ORDER SEMASA SAYA IALAH BUY.
Sekian.TAYOR.

BotekFX
FTT

Thursday 17 February 2022

12.40 AM, JUMAAT 18.2.2022 (GAJI SEBELUM TIDUR)

Assalamualaikum..

Harga pair GBPUSD dah sampai ke kemuncaknya... So marilah kita SELL secara berjemaah.

Sell = 1.36245
TP.  = 30 - 50 Pips
SL. =  Sesedap rasa

Jumpa lagi.... TAYOR

Botekfx
FTT

Thursday 10 February 2022

11 Feb 2022...11.45AM MY

Assalamualaikum

Sedikit pencerahan berkenaan pair GBPUSD.
Rata2 persoalan yg timbul mengapa pasangan matawang ini agak 'Gila' melantun tanpa arah yg tepat.
Kalau dilihat dr graf H4,Daily dan weekly pasaran sepatutnya pergi ke satu arah.
Saya menasihatkan rakan2 Botekfx agar PEGANG posisi yang telah dilakukan..Insya Allah,Petang nanti akan terjawab persoalan rakan2 semua.
Rata2 soalan yg diajukan berkait rapat dgn psikologi sebenarnya.
Alah bisa tegal biasa.
Hari ini sekitar jam 3.00 petang(MY) akan ada berita besar yg akan 100% mengubah lanskap perjalanan pasangan GBPUSD.
Saya masih memegang posisi yang dibuka sejak dari awal minggu ini.
Jika takut dilambung ombak.jangan berumah ditepi komputer
TP yang sesuai untuk rakan2 trader 'hati kering' 25,30,50 dan 70pips
Saya layan trailing stop,jangan ikut saya,hahahaha.
Sampai sini.dahulu..jumpa lg.
TAYOR

Botekfx
FTT
botekfx@gmail.com