Monday 28 November 2022

SELASA 29.11.2022.....8.40 AM

Assalamualaikum..

Bagi menjawab persoalan mengenai order semasa saya utk pasangan pair GBPUSD.
Order semasa saya ialah SELL.

Pasang semua order dengan perangkap SL dan TP.
Selamat belayar....jumpa nanti di London open dan USA open.

TAYOR
botekfx@gmail.com

Friday 25 November 2022

26.11.2022...Sabtu...2.00 AM

Assalamualaikum..
Update ini bagi menjawab persoalan rakan2 sekalian...

Apa khabar semua rakan2 empayar Botekfx.

Market untuk pasangan GBPUSD masih menunjukkan kekuatan BUY,walaupun terdapat sedikit Retraction ini bukan bermakna market akan jatuh.

Sekiranya market untuk pasangan GBPUSD tutup dibawah harga 1.20710 (valid untuk 3 CS H1 dan 1 CS di H4) baru la market menunjukkan tanda2 kejatuhan dan rakan2 Botekfx yg berjiwa kental boleh memulakan SELL berani mati.

Letak TP anda di 1.20150 dan SL sesedap rasa.

Sekiranya harga sebelum market ditutup sebentar lagi berada di situ maka market pada minggu hadapan (Isnin) dijangka berlaku GAP kebawah.

Ini hanyalah pendapat,sebarang kemungkinan boleh berlaku dlm pasaran FOREX.

Pasang semua order yg dibuat dengan perangkap SL dan TP.
Jumpa lagi minggu hadapan,belajar dan terus belajar.

Kalau takut dilambung SL jangan berumah ditepi Komputer!


TAYOR
botekfx@gmail.com

Wednesday 23 November 2022

24.11.2022 .KHAMIS...1.00PM

Assalamualaikum.

Banyak pertanyaan mengenai pasangan GBPUSD yang saya terima dr rakan2 Botekfx.
Ya sememangnya gabungan pair GBPUSD sedang menunjukkan aliran MENAIK,tetapi adakah kenaikan ini akan berterusan?
Sememangnya kekuatan menaik masih ada,jika dilihat pada carta 4 jam semua candle berada DILUAR BB, manakala MA berada nun jauh dibawah.Tanda2 untuk pasaran jatuh masih tiada..
Kepada rakan2 botekfx yg berjiwa kental yg nak jugak mengeSELL,
Tunggu sehingga 3 candle (H4) masuk dan tutup di bawah TOP BB sebelum memulakan SELL TEST DRIVE SEKITAR TP 20-30 PIPS . Tetapi harus diingatkan bahawa order SELL yg dilakukan adalah berisiko Tinggi.Pasang semua order dengan perangkap TP dan SL.
KALAU TAKUT DILAMBUNG SL JGN BERUMAH DITEPI KOMPUTER.

Kepada rakan2 baru yg sedang berjinak2 dlm dunia FOREX teruskan belajar,tiada mahaguru dlm bidang ini,Untung rugi adalah perkara biasa dalam perniagaan.Tiada bulan dan bintang yang boleh dijanjikan.Tepuk dada tanya margin anda.

Kepada PAKCIK BUN DAN ABG CIN serta TOK AYAH Kawasan..selamat datang ke dunia kewangan tanpa sempadan....hahahaha.

Belajar dan terus belajar.
Jumpa nanti..

TAYOR
botekfx@gmail.com