Tuesday 30 October 2012

Taufan SANDY,Timur Laut USA....APA PENGARUHNYA?

Amerika diserang taufan sandy yang melanda timur laut negara tersebut.....apa pangaruhnya kepada matawangnya??????????....hahahaha

Berita ini bukan khabar angin tetapi benar2 berlaku.....ini bukan cobaan ini betul2......hahahaha..

Dalam situasi ini saya berpendapat Dollar akan sedikit lemah berbanding matawang lain....walau bagaimanapun,matawang ini tidak akan melemah dengan ekstrem(mendadak),pendapat saya kenaikkan dan kejatuhan adalah pada jajaran zig-zag sekitar 90 pip sahaja....

Taufan ini terjadi dalam skala tidak begitu besar seperti taufan Katrina yang melanda negara tersebut beberapa lama dulu..

Di Amerika sekarang ada 2 kejadian besar sedang berlaku,pertama taufan sandy dan yang kedua ialah debat presiden......

Jadi pada pendapat saya pelabur akan mengambil langkah tunggu dan lihat mengenai kedua2 situasi yang berlaku sekarang.......

Jadi persoalannya apa yang perlu anda lakukan?????hahahahaha

Ya...anda juga perlu berhati2,saya nasihatkan anda supaya masuk market dengan order yang bersaiz kecil,kecilkan juga take profit(TP) dan minimumkan stop loss (SL)....

Sekian dari saya....................assalamualaikum.................jumpa lagi

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>TAYOR>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Salam sejahtera..........

Apa khabar anda semua......lama sungguh kita tidak bersua....mcm mana dengan trade anda???? hahahaha...
Bagi mereka2 yang ada dalam list signal saya melalui sms tentunya tersenyum riang...ada yang memperolehi pendapatan sehingga 5 angka seminggu dan ada yang hanya 4 dan 3 angka seminggu.......bergantung kepada modal masing2....bak kata pepatah besar periuk besar la keraknya.....(falsafah la pulak)  hehehe.......

Minggu lepas,saya tak sempat nak hantar sebarang sms,mintak maaf la kepada kawan2 saya....saya off terus telefon sebab menjaga bapa mertua yang uzur...dan pada hari selasa 23.10.2012 beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.45 pagi di hospital,semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau....amin..


Saturday 6 October 2012

Pengaruh Emas kepada Pound Sterling

Saya mendapat banyak email yang bertanyakan soalan ini,Memang betul sekiranya anda melihat graf emas ianya meyerupai graf untuk Pound Sterling...

Pada dasarnya ianya nampak sama,tetapi sebenarnya ianya hanya kebetulan..Di dalam graf FOREX,dagangan emas ditandakan sebagai XAU,dan pair untuk emas ini ialah samaada USA DOLLAR ataupun EUROPE DOLLAR..

Jika kita berdagang untuk pair GBP vs USD sudah pastilah ada sedikit impak untuk matawang ini.Ianya umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain2.

Jadi pendapat yang mengatakan untuk berdagang pair GBP vs USD haruslah mengikut bulat2 pergerakan EMAS adalah salah.

EMAS (XAU) adalah satu komoditi manakala GBP vs USD adalah matawang..KOMODITI dan MATAWANG adalah sesuatu yang amat berbeza pergerakkannya.

Saya harap persoalan ini jelas...

Sekian..........



<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<TAYOR>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Wednesday 3 October 2012

Belajar

Salam Sejahtera......

Ramai yang menghantar sms dan email kepada saya untuk mendapatkan keizinan mempelajari ilmu FOREX menggunakan blog saya ini......anda tidak perlu meminta keizinan dari saya,gunalah sebanyak mana ilmu yang ada dalam blog saya ini untuk menambahkan ilmu anda...semua ilmu yang ada dalam blog saya ini saya halalkan dari dunia sampai akhirat........

Ramai juga diantara trader di sini yang mencadangkan agar satu group facebook dengan saya diadakan.
Memang ianya satu cadangan yang baik..nantilah saya fikirkan...bagi masa kepada saya ok.

Buat masa sekarang saya kurang memberi signal di dalam blog ini kerana terdapat pihak2 yang tidak bertanggung jawab meraih keuntungan dengan menjual signal saya kepada pihak ketiga.


Kepada trader2 yang masih belum mempunyai 'link' dengan saya bolehlah menghantar permohonan kepada saya melalui email.

Ilmu adalah segala2nya,tanpa ilmu anda pasti tewas,PERNIAGAAN INI MEMPUNYAI RISIKO YANG TINGGI UNTUK KEHILANGAN MODAL.

Segala kesulitan amat dikesali.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<TAYOR>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>