Monday 16 November 2020

Assalamualaikum.Selasa 17.11.2020 .3.10pm GBPUSD

Market menunjukkan sedikit pergerakan kearah SELL.
Cuba SELL secara kecil-kecilan dahulu.
Order semasa saya ialah SELL,boleh follow jika berhajat.
TAYOR....jumpa lagi.


BOTEKFX
FTT

Wednesday 2 September 2020

3.9.2020.. 2.35PM Khamis.

Assalamualaikum

Banyak mesej yang terima hari ni bertanyakan langkah seterusnya setelah order BUY GBPUSD semalam terkena perangkap SL. 
Alhamdulillah,ramai yang boleh menerima KERUGIAN tersebut. 
KERUGIAN adalah perkara biasa dalam dagangan Forex. Macam selalu yang saya sebut kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai. 
Perangkap SL wajib dipasang untuk semua order yang dibuka kerana ianya menghadkan jumlah kerugian yg sanggup kita tanggung. 
Adat perniagaan, ada untung ada rugi. 
Syabas yang masih kental. 
Ramai juga yang bertanya mengenai order semasa saya. 
ORDER SEMASA SAYA MASIH LAGI BUY UNTUK PAIR GBPUSD... kenapa? rujuk STBFX ditangan anda.. 
Untuk rakan2 trader yang berhati kental boleh hold order BUY atau tambah lagi sesedap rasa. 
Ini hanyalah pendapat, tiada paksaan untuk anda follow. 
Macam biasa semua keuntungan dan kerugian 100% milik anda. 
TAYOR

Jumpa lagi, 
Botekfx 
botekfx@gmail.com

02.09.2020 Rabu 6.00 PM ( GBPUSD ).

Assalamualaikum

 

BUY GBPUSD.

TP  135000

SL  50-60 PIPS

Selamat belayar......

 

TAYOR

BOTEKfx.

botekfx@gmail.com

 

 



Tuesday 1 September 2020

02.09.2020 Rabu ...2.35 AM GBPUSD

 Assalamualaikum..

Apa khabar rakan2 trader Botekfx..

Banyak sungguh email yang masuk bertanyakan arah tuju pair GBPUSD..jam dah menunjukkan 2.35 Pagi.

Untuk tidak menghampakan rakan2 yang bertanya saya gagahkan diri untuk update disini berdasarkan STBFX.

Ok, aliran pair GBPUSD masih menguat untuk NAIK..tiada tanda2 untuk JATUH..cuma pada JAM SEKARANG berlaku PEMBETULAN HARGA PASARAN.

Gunakan time frame H4 untuk mendapatkan titik KELEMAHAN HARGA PASARAN.

Cari titik KELEMAHAN PEMBETULAN HARGA PASARAN...Masuk semula ORDER BUY secara konsisten..

Ini hanyalah pendapat berdasarkan analisa menggunakan STBFX..Mungkin anda mempunyai analisa sendiri yang lebih  MANTAP.

Semua order yang dibuat MESTI menepati piawaian FTT...SL dan TP 

Kesimpulannya market untuk pair GBPUSD masih mengeBULL.

 

TAYOR

BOTEKFX.

botekfx@gmail.com 


Wednesday 13 May 2020

RABU 13.05.2020. 7.10 PM (MYT)

Assalamualaikum.. 

Ramai yang bertanya apakah yang akan berlaku untuk pair GBPUSD.. adakah akan berlaku BUY atau SELL. 
Ada juga yang ingin follow order semasa saya untuk pair ini. 
Okay, bagi rakan-rakan trader BOTEKFX yang berhati kental boleh follow...
Kalau yang hatinya senipis kulit bawang, duduk diam-diam. 
Order semasa saya ialah BUY.. SL sesedap rasa dan TP 1.23675.
Pastikan semua order anda dilengkapi dengan perangkap SL dan TP. 
Tiada paksaan untuk follow signal yang diberi.. TAYOR
Belajar dan terus belajar... 

Jumpa lagi.. 

Botekfx
FTT

Thursday 7 May 2020

Assalamualaikum 07.05.2020

GBP/USD continues to show a downtrend against the backdrop of the growth of USD to a basket of world currencies.

So... SELL OR BUY

Tayor.. 
Botekf
FTT. 

Tuesday 28 April 2020

Apakah Margin

Assalamualaikum

Apakah MARGIN didalam dagangan FOREX..

Margin adalah KEUPAYAAN MODAL untuk membuka sesuatu Lot dalam dagangan FOREX.Sekiranya Margin tidak mencukupi,maka posisi BUY atau Sell tidak boleh dibuka.

MARGIN selalunya berkait rapat dengan konsep MONEY MANAGEMENT (MM).
Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai modal USD100 anda hanya layak untuk membuka dagangan sekitar USD 0.01..kenapa? kerana lot dagangan USD 0.01 adalah bersesuaian dengan MM anda.

Anda boleh saja membuka dagangan dengan modal yang lebih besar dari USD0.01 tetapi ianya tidak sesuai dengan keupayaan modal anda..sekiranya berlaku ketidaktentuan dalam pasaran anda mungkin akan terkena MARGIN CALL.Ingat dagangan FOREX tidak pernah sesekali mengenal erti belas kasihan.

Jadi,kasihani diri anda,jauhi sifat tamak..sayangi modal anda..100% risiko dalam dagangan FOREX adalah tanggungjawab anda sendiri.

Ingat,98% pedagang FOREX gagal untuk memperolehi keuntungan..hanya 2% boleh mengecapi nikmat profit...tepuk dada tanya selera...

PERSOALANNYA,DI MANAKAH KEDUDUKAN ANDA SEBAGAI PEDAGANG FOREX? 

BOTEKfx
FTT 


Thursday 30 January 2020

SIGNAL GBPUSD, USA OPEN. 8.25pm

Assalamualaikum. 

Tahniah kepada yang sabar dan follow signal semalam.. Hari ni baru boleh dapat nikmat profit.. Hahaha. 
Itulah forex, kena ada tahap kesabaran yang tinggi... Tangan jangan gatal tekan butang sell atau buy sekiranya market belum menunjukkan taringnya.. 
Apa pulak yang akan terjadi pada malam ini? 
Berikut adalah analisa pasaran untuk pasangan bergu GBPUSD menggunakan STBFX.. 
tiada sebarang paksaan untuk follow signal ini, tepuk dada tanya jari. 

SELL sekiranya harga jatuh ke paras 1.30085.
Tp: 20-30 pips
SL: 30-40 pips

BUY sekiranya harga pasaran tidak jatuh MELEBIHI 1.30438.
TP: 20-30 pips
SL: 30-40 pips

Semua order WAJIB menggunakan perangkap TP dan SL. 
Pastikan semua order yang dibuka bersesuai dengan margin anda. 
Kalau hati senipis kulit bawang jangan berumah ditepi komputer. 
TAYOR...... 

#Kepada trader yg berhati kental cuba Sell sekarang... 
Order semasa saya ialah 2 SELL ciput. Test market.. 1.30843 dan 1.30899.

Botekfx
FTT. 

Wednesday 29 January 2020

SIGNAL US OPEN (GBPUSD) 8.20PM

Assalamualaikum.. 
Berikut adalah signal sulong, pembukaan mukadimah untuk malam ini...

Sell
Price : 1.29825
TP : 20- 30 pips
SL : 30- 50 pips

BUY
Price : 1.30304
TP : 20-30 pips
SL : 30-50 pips

Harga Sell dan Buy diatas adalah mengikut analisa STBFX.. ini hanya pendapat, tiada paksaan untuk anda follow. TAYOR... 
Kepada newbie sila pastikan saiz order yang dilakukan bertepatan dengan capital anda.. 

Jumpa lagi. 

Botekfx
Ftt. 

Tuesday 28 January 2020

Selamat Tahun Baru

Forex..Forex... Forex..
Insya Allah tahun ini kita bakal bersua kembali.. Setelah lama menyepi.. Tunggu kemunculan signal2 semasa LO dan USO.. 
Seperti biasa, semua signal yang diberikan adalah percuma.. Tiada sebarang paksaan untuk anda follow. Semuanya terpulang pada anda.. Ada yang lebih selesa menggunakan ROBOT FX dan tak kurang juga yang COPY TRADE... 
Teknik saya masih seperti dahulu iaitu Analisa Pasaran..dulu kini dan selamanya... Apa pun tujuan KITA sebagai TRADER adalah sama iaitu PROFIT.. so kekalkan momentum anda, jangan mudah terpedaya dengan teknik2 yg lain sekiranya anda memang membuat profit dengan teknik sedia ada. 
Saya hanya sekadar TRADER BIASA seperti anda semua diluar sana.. Seperti saya kata dalam industri ini TIADA MAHAGURU... 
CUMA yang banyak pacat dan lintah. 
Ok... Bertemu nanti, Insya Allah.. 

Botekfx
FTT.