Tuesday 18 December 2012

Signal untuk USA OPEN malam ini 18.12.2012

Salam sejahtera...........sedikit bingkisan untuk market USA OPEN malam ini jam 8.00 malam waktu tanah air kita....

Saya merasakan bahawa market akan melayang ke 16250 atau lebih sekiranya tiada satu pun candle yang tutup di bawah harga 16187.

Sekiranya ada candle yang tutup pada harga 16187 maka market haruslah SELL  dan letakkan Take Profit (TP) pada 16167...atau kalau ada yang lebih berani letakkan TP anda di 16150....(ada berani?)....hahahaha.....SL 50 pip.

Sekiranya tiada candle yang tutup di bawah 16187 maka posisi yang sesuai adalah BUY...letakkan Take Profit anda di harga 16230...atau jika anda berani dan berjiwa BESAR letakkan TP anda di 16250 (ada berani?) hahahaha.....SL 50 pip.

Pada saya market USA OPEN nanti akan kearah BUY lagi kerana pada jam 3 pm dan 4 pm waktu malaysia tadi membentuk candle pattern iaitu BULLISH ENGULFING.....signal ini adalah seperti BONUS kepada para trader untuk BUY......

Apa pun sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam dunia FOREX...jadi seperti biasa.............

PASANG TAKE PROFIT DAN STOP LOSS UNTUK SEMUA ORDER.....hahaha....

Perlu diingatkan bahawa ini adalah pendapat semata-mata,anda dinasihatkan melakukan kajian sendiri dahulu sebelum mengguna pakai signal yanng diberi.....TAYOR.


                                                         SEKIAN WASSALAM


Sunday 2 December 2012

Isnin 03.12.2012.....10 pagi (Malaysia).Pendapat trade hari ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera......apa khabar anda semua?diharapkan anda semua akan beroleh keuntungan yang berlipat kali ganda pada minggu ini.....

Ok tanpa membuang masa kita tengok dan fikir2kan bersama arah trade pada hari ini untuk pair GBP vs USD....

Pada perkiraan dan pemerhatian saya trade pada hari ini (jam sekarang) adalah bersifat Neutral.Harga akan bermain2 mengikut MOTHER CANDLE..sekiranya harga melepasi 16065 maka harga akan naik lagi mencecah 16120.

Sebaliknya jika harga menurun dan melepasi 16005 besar kemungkinan harga akan jatuh terus  ke 15940.

Perlu diingatkan bahawa pada kebiasaannya market pada hari isnin dan jumaat (70%) akan bergerak pada jajaran searah..jadi perhatikan betul2 pergerakkan pasaran sebelum anda mengambil posisi BUY atau SELL.

Sebaik2nya,gunakan money management dengan betul insaallah perjalanan trade anda akan selamat..jangan gunakan modal yang lebih untuk membuka sesuatu order....orang tamak selalu rugi...fikir- fikirkan......

Sekian dari saya,sekiranya ada kelapangan kita jumpa nanti di LONDON OPEN 3.30 petang (MALAYSIA).

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<< TAYOR >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>