Thursday 20 September 2012

4 Jenis order dalam FOREX

Ada 4 jenis order yang terdapat dalam dagangan FOREX...ramai yang keliru untuk menggunakan arahan order ini..Banyak trader2 baru diluar sana yang bertanyakan soalan ini...baiklah saya akan jelaskan satu persatu.............
4 jenis order tersebut ialah:

-Buy Stop
-Sell Stop
-Buy Limit
-Sell Limit

Buy Stop.

Arahan order ini adalah sesuai untuk memasuki pasaran pada harga menaik..Ini bermakna anda melakukan order mengikut harga pasaran yang sedang berjalan.Untuk melakukan Pending Order menggunakan arahan BUY STOP ini pula harga arahan anda mestilah berada LEBIH TINGGI daripada harga semasa.Jika arahan pending order anda berada di bawah harga pasaran,maka order anda tadi tidak akan diterima.

Sell Stop

Arahan order ini pula sesuai untuk memasuki pasaran pada harga menurun.Untuk membuat PENDING ORDER pula harga yang anda tetapkan haruslah lebih rendah dari harga semasa.

Buy Limit

Untuk arahan ini pula anda 100% menggunakan PENDING ORDER.Arahan Buy Limit tidak akan terjadi untuk memasuki pasaran pada harga semasa.Arahan Buy Limit memerlukan anda meletakkan harga lebih RENDAH dari harga semasa.Jika anda memasukkan harga yang lebih tinggi dari harga semasa,Order anda tidak akan diterima.

Sell Limit

Arahan ini juga 100% menggunakan PENDING ORDER.Arahan Sell Limit juga tidak akan memasuki pasaran pada harga semasa.Arahan ini memerlukan anda meletakkan harga order lebih TINGGI dari harga pasaran,jika harga yang diletakkan lebih rendah dari harga pasaran,order anda tidak dapat diterima.


Harap2 dah jelas.......