Apa khabar sahabat2 trader saya di luar sana.......
Lama juga kita tidak bersua melalui blog ini,dan rasanya hampir 3 bulan saya tidak update sebarang signal di blog ini..
Tentu ramai yang tertanya2 kenapa?...merajuk ke botekfx ni? hahaha.....saya tak kemana2 cuma sekadar menghilangkan diri buat seketika...
Tujuan saya tidak update signal di sini ialah untuk melihat sejauh manakah pemahaman sahabat2 trader saya mengenai forex....telah banyak ilmu yang saya curahkan di sini....anda hanya perlu mempelajari dan mempraktikkan sahaja di alam sebenar dunia forex....
Bukan sekadar tidak mencoretkan di blog ini,saya juga tidak menghantar sebarang SIGNAL melalui sms mahu pun email.....saya merasakan sudah sampai masanya anda sahabat2 trader saya diluar sana menggunakan sepenuhnya pemahaman dan penerangan saya di blog ini sepenuhnya.....
Saya akui banyak menerima email dan sms mengenai SIGNAL untuk pair GBP vs USD....tetapi maafkan saya kerana tidak membalasnya....bukan sombong atau riak....semuanya bertujuan untuk melihat 'prestasi' sebenar sahabat2 trader saya di luar sana....
Dan kesimpulan dari tindakan saya yang menyepi dan menghilang buat seketika telah timbul pelbagai pro dan kontranya....hahahaha,kesimpulannya adalah seperti berikut:
A) Ada trader yang sama2 cuti dengan saya.Trader ini tidak melakukan trade langsung dan menunggu SIGNAL dari saya semata2.
B) Ada trader yang mengeluarkan kesemua modal trade kerana takut trade bersendirian tanpa SIGNAL dari saya.
C) Ada juga yang cuba trade tapi rugi.
D) Ada yang trade kedua2 order iaitu BUY dan SELL,kedua2nya jalan serentak.
E) Ada yang berani trade sampai habis modal sebab hanya memasang perangkap TAKE PROFIT dan tidak memasang perangkap STOP LOSS!
F) Ada juga yang trade dengan tidak memasang apa2 samaada TP atau SL.
G) Ada yang trade menggunakan TOK BOMOH (indikator)..last2 lingkup semuanya..
H) Ada pula yang trade dengan mengambil PIPS sehingga beratus2...
I) Ada pula trader yang trade dengan perasaan.Trade menggunakan emosi dan bukannya melalui pemerhatian,pemahaman dan analisa.
J) Ramai juga yang trade mengikut kehendak hati,maksudnya ingin pasaran ikut mereka dan bukannya mereka yang mengikut pasaran..
Semua perkara diatas adalah sifat2 semulajadi setiap insan yang bergelar TRADER...semuanya saya dapat melalui keluhan dan rintihan melalui email dan sms dari sahabat2 trader saya diluar sana..
Kesimpulan dari perkara diatas saya mendapati sahabat2 trader saya di luar sana belum cukup ilmu untuk bergelar TRADER...maafkan saya jika coretan ini membuatkan anda tersinggung...niat saya hanya 1 iaitu anggaplah kata2 saya ini sebagai CABARAN baru buat anda...
Tahniah juga kepada trader2 diluar sana yang menggunakan sepenuhnya ilmu yang saya ajar..saya bukanlah sifu atau pendekar dalam dunia FOREX ini,tetapi saya hanya belajar dan terus belajar,dan hasilnya saya faham APA MAKNA SEBENAR PASARAN FOREX!....memang FOREX adalah lubuk duit,tetapi untuk mereka2 yang betul2 faham dengannya...ibarat jauhari mengenal manikam!hahhaha...
Untuk menghargai permintaan sahabat2 saya di luar sana,INSYAALAH saya akan memberi SIGNAL seperti dahulu semula....luangkan masa anda untuk membaca SIGNAL melalui blog ini semasa sessi JAPAN,EUROPE,LONDON dan USA open...semuanya akan saya update di sini seperti dahulu...SEMUANYA DI BOTEKFX.BLOGSPOT.COM...
SEPERTI BIASA SEMUANYA TAK BERUBAH DAN MASIH LAGI FREE OF CHARGE!TAK PERLU BAYAR APA2,SEMUANYA ANDA PUNYA!HAHAHA..
Sampai jumpa lagi.........botekfx...FTT
<<<<<<<<<<<<<<<<<< TAYOR>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>