Thursday 21 September 2023

KHAMIS, 21.09.2023, 6.45 PM

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Terlebih dahulu syabas dan tahniah kepada semua rakan2 empayar Botekfx yg telah berjaya menghasilkan profit yang amat2 memberangsangkan.Ada yg bertanyakan kepada saya berapa bayaran yang patut diberikan kepada saya....jawapan saya anda perlu membayar 'RM0' kepada saya.Saya sama sekali TIDAK PERNAH mengenakan sebarang BAYARAN diblog ini,sekiranya terdapat mana2 pihak yang mendakwa saya mengenakan sebarang bayaran untuk 'SIGNAL' diblog ini,itu hanyalah pembohongan semata mata.JANGAN BAYAR kepada sesiapa pun.Laporkan kepada saya dengan kadar segera sekiranya perkara ini berlaku.SAYA TIDAK HALALKAN SEBARANG ILMU DIBLOG INI UNTUK DICIPLAK DENGAN TUJUAN KEUNTUNGAN MUDAH.
Anda boleh sahaja menggunakan signal yang diberi secara percuma diblog ini dan seterusnya menterjemahkan keuntungan melalui akaun trading anda sendiri.Anda trade sendiri...Semua keuntungan anda punya 100% FOC.

Ok,berbalik pada persoalan arah tuju market GBPUSD pada malam ini dan esok.Saya berpendapat market akan TERBANG keatas.
Jadi kepada sahabat2 botekfx,cari titik harga yang agak munasabah untuk menekan BUTANG BUY.
Pasang semua order dengan perangkap SL dan TP kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam pasaran Forex.
Ini hanyalah sekadar pendapat,lakukan analisa anda sendiri sebelum menggunakan signal yang diberi.
Kepada rakan2 botekfx yg berhati pahlawan,lagi jatuh lagi tambah order BUY.
Kalau takut dilambung SL jangan berumah ditepi komputer.
Jumpa lagi...TAYOR.

BotekFX
FTT


Wednesday 20 September 2023

10 PM, 20.09.2023, PASCA PENGUMUMAN FED DAN FOMC

Assalamualaikum Dan selamat malam,
Berikut adalah jawapan dan analisa yang saya lakukan bagi menjawab persoalan mengenai Pair GBPUSD.

1.Market masih lagi dalam trend SELL
2.Order BUY masih belum sesuai buat masa sekarang.
3.Kemuncak pengumuman FED dan FOMC sebentar lagi dijangka SELL.

Ini hanyalah pendapat,gunakan analisa peribadi anda sebelum membuat sebarang order.
Pasang semua order anda dgn perangkap SL dan TP kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam pasaran.
Akaun anda milik anda sepenuhnya 100%.

SELAMAT BERDAGANG. Jumpa nanti.

TAYOR
Botekfx
FTT


Tuesday 19 September 2023

20.09.2023. Rabu 1.30PM.

Assalamualaikum.
Selamat tengahari rakan2 Botekfx..apa khabar semua?Harap semuanya sihat2 belaka...
Hari ni terlampau banyak email yang masuk bertanyakan kekuatan pair GBPUSD..kemana arahnya?
Malam ni adalah malam yang ditunggu2 oleh semua trader...saya panggil 'Malam Ribut', (Pengumuman FED dan FOMC).ada yang masih banyak posisi order yang belum ditutup dan ada yg papan tradenya kosong tanpa order.
Bila tanya kemana arah perjalanan pair GBPUSD pada malam ni saya pun susah nak bg jawapan.Tunggu pengumuman rasmi FED dan FOMC pada malam ni.
TETAPI kalau mengikut STBFX, Trend SEMASA masih kuat untuk mengeSELL.
Jawapan bonus pada rakan2 Botekfx berkenaan order semasa saya ialah...LAGI NAIK LAGI SELL...jangan follow kalau hati senipis kulit bawang..
Apapun pasang semua order anda dgn perangkap SL dan TP.
Kepada rakan2 Botekfx yg berjiwa pendekar kita layan Trailing Stop malam ni berjemaah...
Belajar dan terus belajar,semua anda punya dan tak perlu bagi apa2 pada saya.Akaun anda 100% milik anda..
Ok, jumpa malam nanti di pengumuman FED dan FOMC.

TAYOR
Botekfx
FTT.


Monday 11 September 2023

11.09.2023, 8.30PM...USA OPENED

Assalamualaikum...
Apa khabar sahabat2 Botekfx diluar sana..
Banyak email yang saya terima dan tak terbalas,maafkan saya.
Update blog pada malam ini berkisar kepada persoalan dan pencerahan pair GBPUSD.
GAP berlaku pada pembukaan sessi pagi dan terus naik keatas,KENAPA?
Kenaikan pada pembukaan sessi dagangan pada pagi ini adalah disebabkan situasi GAP yg belum ditutup pada minggu lepas.Kenaikan pagi tadi bukan kerana kekuatan SELL telah habis,kenaikan tersebut adalah utk menutup GAP yg belum ditutup pada minggu lepas..
SYARAT WAJIB TRADING IALAH GAP MESTI DITUTUP SEBELUM MARKET MENENTUKAN ARAH BARU.
Kekuatan semasa Masih lagi SELL.
Tunggu sehingga ada 2 CS yang tutup melebihi harga 1.25550,baru posisi BUY boleh dibuka.
Posisi semasa saya ialah SELL..Kepada sahabat trader Botek fx yg berhati kering boleh follow.
Kepada yg ragu2 atau berhati senipis kulit bawang sila tunggu..
Pasang semua order anda dengan perangkap SL dan TP,sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam pasaran Forex.
Semua anda punya tak perlu bagi apa2 kepada saya..akaun anda tanggungjawab anda,saya hanya sekadar memberi pandangan.
Belajar dan terus belajar..

Jumpa nanti...TAYOR

BOTEKFX
FTT



Wednesday 6 September 2023

Assalamualaikum 06.09.2023 Rabu 3 PM

Apa khabar sahabat2 Botekfx semua..
Baik bagi menjawab persoalan mengenai order semasa saya....order semasa saya ialah SELL utk pasangan pair GBPUSD.
Pasang semua order anda dengan perangkap SL dan TP.
Selamat belayar pasca LONDON OPEN sebentar lagi....
Jumpa nanti...

TAYOR
Botekfx
FTT

Tuesday 5 September 2023

Pencerahan pair GBPUSD 5.9.2023, 7.30PM

Assalamualaikum sahabat2 empayar Botekfx.
Banyak persoalan yang saya terima mengenai arah perjalanan pair GBPUSD pada petang ini setelah kejatuhan yg banyak sekitar 4jam..
Persoalannya adakah trend akan berubah arah?....
Jika dilihat pada TF H1 berlaku rejection untuk market meneruskan momentum SELL,adakah market akan berubah arah setelah pasaran Amerika dibuka sebentar lagi?
Pada saya kekuatan BUY belum ada selagi harga pasaran TIDAK ditutup diatas harga 1.25630.Paras harga ini merupakan halangan yg kuat utk market berubah arah.
Jadi bagi menjawab soalan rakan2 semua,pada masa sekarang order BUY amat2 TIDAK sesuai memandangkan market masih lagi mempunyai kekuatan SELL.
Jadi tunggu sehingga harga dua(2) candle melebihi 1.25630 utk masuk pasaran dengan order BUY.
Pasang semua order dengan perangkap SL dan TP.
Selamat belayar.TAYOR.

Botekfx
FTT

Thursday 31 August 2023

Assalamualaikum 31.08.2023 (10.13PM)

Apa khabar shabat2 botekfx.
Atas permintaan ramai,insya Allah saya akan mula update segala pencerahan mengenai pair GBPUSD.
Nantikan dan rajin2kan jari jemari sahabat2 semua utk membaca di blog Botekfx.
Waktu update seperti biasa iaitu waktu kemuncak London Open dan USA open...
Kalau hati senipis kulit bawang jgn berumah ditepi komputer.
Jumpa nanti...

TAYOR
Botekfx


Monday 12 December 2022

12.12.2022..Isnin 4.30PM

Assalamualaikum...
Soalan terbanyak yg masuk ke kantung email botekfx@gmail.com ialah mengenai nasihat untuk tidak terperangkap dalam kancah margin call..

Margin Call terjadi apabila modal yg ada tidak dapat menampung jumlah Floating yg berlaku dalam sesuatu order.

Macam mana nak mengelakkan mimpi ngeri Margin Call ini?

1. Pasang semua order anda dengan perangkap TP dan SL
2.Pastikan order yg dibuka bersesuaian dengan modal anda dan bersesuaian dengan laverage akaun anda.
3.Elakkan membuka order pada tahap Terlebih Beli atau Terlebih Jual.

Sekian,TAYOR.

Botekfx
FTT.




Friday 2 December 2022

02.12.2022..JUMAAT..5.30PM

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat petang kepada semua rakan2 empayar BOTEKFX.
Banyak email yg masuk bertanyakan kepada saya bekenaan impact atau kesan berita2 besar yg mungkin akan berlaku pada malam ni terutamanya berita berkaitan ekonomi USA.

Pasaran Forex mempunyai kesan signifikan sekiranya Bank Pusat negara2 tertentu mengumumkan sesuatu seperti Kadar Dasar Semalaman (OPR),Kadar Inflasi,atau data2 yang berkaitan rapat indikator buruh.

Sebagai contoh negara Amerika mengumumkan kadar OPR,Kadar inflasi,Persidangan FOMC dan NFP ini akan memberikan kesan secara langsung kepada DOLLAR.

Sekiranya pengumuman2 tersebut adalah POSITIF maka DOLLAR akan mengukuh begitu juga sebaliknya.
Nasihat saya semasa pengumuman data2 penting ni JANGAN BUAT SEBARANG ORDER,tunggu sehingga candle baru.

Perhatikan kedudukan candle baru tersebut,adakah berlaku BEARISH ATAU BULLISH TREND...follow trend kerana semasa HIGH IMPACT,BiG PLAYER berada dlm pasaran...jangan cuba2 menongkah arus.

Bagi menjawab persoalan rakan2 mengenai order semasa saya...
Buat masa sekarang sy belum membuat sebarang order,masih kosong.

Malam ini pengumuman NFP oleh Jabatan Buruh Amerika pada jam 9.30 malam (waktu malaysia)....sama2 kita lihat,sekiranya pengumuman menunjukkan data positif maka USD akan mengukuh dan sebaliknya

Sekiranya data NFP menunjukkan data yang positif kita SELL kaw2 utk pasangan pair GBPUSD,begitulah sebaliknya.

Ok,saya harap semua persoalan telah terjawab..

Jumpa lagi.Sekian.

TAYOR
BOTEKFX@GMAIL.COM
FTT.

Monday 28 November 2022

SELASA 29.11.2022.....8.40 AM

Assalamualaikum..

Bagi menjawab persoalan mengenai order semasa saya utk pasangan pair GBPUSD.
Order semasa saya ialah SELL.

Pasang semua order dengan perangkap SL dan TP.
Selamat belayar....jumpa nanti di London open dan USA open.

TAYOR
botekfx@gmail.com

Friday 25 November 2022

26.11.2022...Sabtu...2.00 AM

Assalamualaikum..
Update ini bagi menjawab persoalan rakan2 sekalian...

Apa khabar semua rakan2 empayar Botekfx.

Market untuk pasangan GBPUSD masih menunjukkan kekuatan BUY,walaupun terdapat sedikit Retraction ini bukan bermakna market akan jatuh.

Sekiranya market untuk pasangan GBPUSD tutup dibawah harga 1.20710 (valid untuk 3 CS H1 dan 1 CS di H4) baru la market menunjukkan tanda2 kejatuhan dan rakan2 Botekfx yg berjiwa kental boleh memulakan SELL berani mati.

Letak TP anda di 1.20150 dan SL sesedap rasa.

Sekiranya harga sebelum market ditutup sebentar lagi berada di situ maka market pada minggu hadapan (Isnin) dijangka berlaku GAP kebawah.

Ini hanyalah pendapat,sebarang kemungkinan boleh berlaku dlm pasaran FOREX.

Pasang semua order yg dibuat dengan perangkap SL dan TP.
Jumpa lagi minggu hadapan,belajar dan terus belajar.

Kalau takut dilambung SL jangan berumah ditepi Komputer!


TAYOR
botekfx@gmail.com

Wednesday 23 November 2022

24.11.2022 .KHAMIS...1.00PM

Assalamualaikum.

Banyak pertanyaan mengenai pasangan GBPUSD yang saya terima dr rakan2 Botekfx.
Ya sememangnya gabungan pair GBPUSD sedang menunjukkan aliran MENAIK,tetapi adakah kenaikan ini akan berterusan?
Sememangnya kekuatan menaik masih ada,jika dilihat pada carta 4 jam semua candle berada DILUAR BB, manakala MA berada nun jauh dibawah.Tanda2 untuk pasaran jatuh masih tiada..
Kepada rakan2 botekfx yg berjiwa kental yg nak jugak mengeSELL,
Tunggu sehingga 3 candle (H4) masuk dan tutup di bawah TOP BB sebelum memulakan SELL TEST DRIVE SEKITAR TP 20-30 PIPS . Tetapi harus diingatkan bahawa order SELL yg dilakukan adalah berisiko Tinggi.Pasang semua order dengan perangkap TP dan SL.
KALAU TAKUT DILAMBUNG SL JGN BERUMAH DITEPI KOMPUTER.

Kepada rakan2 baru yg sedang berjinak2 dlm dunia FOREX teruskan belajar,tiada mahaguru dlm bidang ini,Untung rugi adalah perkara biasa dalam perniagaan.Tiada bulan dan bintang yang boleh dijanjikan.Tepuk dada tanya margin anda.

Kepada PAKCIK BUN DAN ABG CIN serta TOK AYAH Kawasan..selamat datang ke dunia kewangan tanpa sempadan....hahahaha.

Belajar dan terus belajar.
Jumpa nanti..

TAYOR
botekfx@gmail.com



Wednesday 23 February 2022

24.2.2022..KHAMIS 9.33AM (MY)

Assalamualaikum..

Kantung Email ramai yg bertanya apakah posisi yang sesuai untuk pasangan GBPUSD.
Trend pagi ini banyak dipengaruhi oleh sentimen pasaran semalam..Japan dan China session baru bermula beberapa jam yg lepas,harga memang banyak dipengaruhi oleh sentimen semalam
Walau bagaimanapun,terdapat petunjuk berdasarkan Teknikal yang menunjukkan harga SEKARANG 1.35320 tidak dapat betahan lama..Terdapat Harga Bisu yg mengatakan pasaran telah terlebih JUAL.
So,kepada rakan2 trader yang berhati kental sila BUY seadanya..kepada rakan2 yg berhati tisu sila senyapkan tangan ANDA..
Kalau takut dilambung SL jgn berumah ditepi komputer.
Semua order mestilah dilengkapi perangkap SL dan TP.
Ini hanyalah pendapat,tiada paksaan..semuanya anda punya.
ORDER SEMASA SAYA IALAH BUY.
Sekian.TAYOR.

BotekFX
FTT

Thursday 17 February 2022

12.40 AM, JUMAAT 18.2.2022 (GAJI SEBELUM TIDUR)

Assalamualaikum..

Harga pair GBPUSD dah sampai ke kemuncaknya... So marilah kita SELL secara berjemaah.

Sell = 1.36245
TP.  = 30 - 50 Pips
SL. =  Sesedap rasa

Jumpa lagi.... TAYOR

Botekfx
FTT

Thursday 10 February 2022

11 Feb 2022...11.45AM MY

Assalamualaikum

Sedikit pencerahan berkenaan pair GBPUSD.
Rata2 persoalan yg timbul mengapa pasangan matawang ini agak 'Gila' melantun tanpa arah yg tepat.
Kalau dilihat dr graf H4,Daily dan weekly pasaran sepatutnya pergi ke satu arah.
Saya menasihatkan rakan2 Botekfx agar PEGANG posisi yang telah dilakukan..Insya Allah,Petang nanti akan terjawab persoalan rakan2 semua.
Rata2 soalan yg diajukan berkait rapat dgn psikologi sebenarnya.
Alah bisa tegal biasa.
Hari ini sekitar jam 3.00 petang(MY) akan ada berita besar yg akan 100% mengubah lanskap perjalanan pasangan GBPUSD.
Saya masih memegang posisi yang dibuka sejak dari awal minggu ini.
Jika takut dilambung ombak.jangan berumah ditepi komputer
TP yang sesuai untuk rakan2 trader 'hati kering' 25,30,50 dan 70pips
Saya layan trailing stop,jangan ikut saya,hahahaha.
Sampai sini.dahulu..jumpa lg.
TAYOR

Botekfx
FTT
botekfx@gmail.com


Monday 21 June 2021

22.06.2021. SELASA 1.15PM

Assalamualaikum

Bagi menjawab persoalan rakan2 Botekfx diluar sana mengenai order semasa saya. 
ORDER SEMASA SAYA UTK PASANGAN PAIR GBPUSD IALAH SELL.. TP (SETUP 123) dan SL SESEDAP RASA. 

Jumpa nanti.. TAYOR. 

Botekfx
FTT. 

Friday 18 June 2021

19.06.2021. SABTU 4AM

Assalamualaikum

Ratusan mesej diterima bertanyakan mengenai GAP utk pasangan pair GBPUSD...tinggal 1 jam lg utk pasaran menutup tirainya pd minggu ini.
Adakah GAP akan berlaku pada hari Isnin??
Ok,saya ada meninggalkan 1 order SELL yg baru dibuka sebentar tadi...adakah ini menjawab persoalan rakan2 botekfx semua?
Tepuk dada tanya selera...
Ini hanya pendapat,100% keputusan ditangan anda.Akaun anda tanggungjawab anda.
Terima kasih utk semua rakan2 botekfx...semuanya milik anda...FOC,tak perlu bagi apa2 kepada saya..semua anda punya.

Saya hanya mengharapkan anda dapat mengubah hidup anda dan keluarga tersayang..Forex adalah perniagaan,bukan perjudian.
Ilmu adalah syarat utama utk anda berjaya, saya hanya memberikan pandangan mengenai pasaran semasa,tiada paksaan utk anda follow pendapat tersebut.

SekianJumpa lagi minggu depan Insya Allah.
TAYOR.

Botekfx
FTT.

18.06.2021 JUMAAT 5PM

Assalamualaikum

Setup 1,2,3 dah memenuhi kehendak pasaran...GBPUSD.
Jangan tunggu lama2...jom sama2 berjemaah.
Jumpa nanti
TAYOR

Botekfx
FTT

Thursday 17 June 2021

17.06.2021. KHAMIS 3.00PM

Assalamualaikum
Apa khabar rakan2 Botekfx?, mcm mana hari ni, harapnya semua sihat dan tak sakit kepala selepas FOMC semalam.Adat perniagaan, ada untung ada rugi, itulah FOREX. Mcm yg selalu saya kata jika takut dilambung SL jgn berumah dihadapan komputer. 
Beratus mesej yg saya terima menceritakan mengenai akaun masing2 setelah berita FOMC.Semuanya milik ada 100%,tak perlu bagi apa2 pada saya, saya juga trader seperti anda!, semua yg saya update di blog ini adalah PERCUMA. 

Banyak yg bertanya mengenai order semasa saya.. Order semasa saya ialah BUY...perangkap TP 140950...dan SL sesedap rasa. Kepada trader berhati kering boleh follow setup 1,2,3.Ini hanyalah pendapat, keputusan 100% ditangan anda. 
Semua order harus ada perangkap TP dan SL. 
Jumpa lagi. 
TAYOR

BOTEKFX
FTT. 

Monday 14 June 2021

SELASA....15.6.2021. 12.45pm

Assalamualaikum

Alhamdulillah jumpa lagi kita pada hari ni.Apa khabar rakan2 trader Botekfx?.
Ramai yg bertanya mengenai order BUY semalam yg dilihat tak mengalami pecutan ke perangkap TP.Ada yg closed secara manual dan tak kurang juga yg masih hold order tersebut bersama2 saya.
Yang dah closed secara manual,tahniah,ada sedikit keuntungan sekitar 30 pips..apa pun yang anda lakukan 100% milik anda.
Utk trader berhati kering seangkatan dengan Botekfx masih lagi hold order BUY tersebut dan membiarkan perangkap TP dan SL melakukan kerjanya.
Tak perlu takut bila mengharungi badai forex,sebab kalau takut dilambung SL jgn sesekali berumah di depan komputer.
Saya masih menambah sesedap rasa order BUY dan meletakkan perangkap TP pada tempat yg sama.
Insya Allah hari ni akan terjawab persoalan order BUY yg kita hold ini.
Apa pun ini hanyalah pendapat,semua keputusan ditangan anda.
Sama-sama kita tunggu...selamat beramal.
Jumpa lagi..
TAYOR

BOTEKFX
FTT